Transit Zuhrah Zuhrah

Rencana utama: Transit Zuhrah

Transit Zuhrah berlaku apabila Zuhrah berada di antara Matahari dan Bumi, serta selari dengan satah orbit Bumi, menyebabkan Zuhrah akan menghalang cahaya Matahari secara sedikit apabila diperhatikan dari Bumi. Orbit Zuhrah adalah sedikit condong apabila dibandingkan orbit Bumi, menyebabkan Zuhrah tidak selalunya melintasi permukaan Matahari apabila diperhatikan dari Bumi. Transit Zuhrah berlaku dalam kitaran 243 tahun, yakni berlaku pasangan dua transit yang terpisah dengan tempoh lapan tahun setiap 105.5 atau 121.5 tahun.[11] Pasangan transit terkini berlaku pada 2004 dan 2012, dan pasangan transit seterusnya dijangka akan berlaku pada Disember 2117 dan Disember 2125.[12]

Transit pada 2012

Rencana utama: Transit Zuhrah 2012

Pada hari Rabu, 6 Jun 2012 , dari jam 6.09 pagi hingga 12.50 tengah hari, kita boleh melihat planet Zuhrah melintasi matahari . Kali terakhir transit Zuhrah ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004, dan ia dijangka akan berlaku lagi pada 10 Disember 2117. Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Baharrudin Zainal menganggap ia sebagai 'acara besar cakrawala' pada abad ini. Planet Zuhrah dilihat mengorbit seakan titik hitam yang merayap di permukaan matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyediakan laman web untuk menyaksikan. Fenomena ini boleh dilihat di seluruh dunia seperti di Quito, Ecuador. Planetarium Negara di Tasik Perdana, Kuala Lumpur menyediakan 9 teleskop dan 1 solarskop bagi kegunaan orang ramai melihat keajaiban alam ini.[13] Unit Falak UniSZA mencerap fenomena ini di Lapang Sasar Memanah, Kampus Gong Badak.

Lau Chen Chen dari Agensi Angkasa Negara melarang orang ramai melihat matahari secara terus kerana boleh merosakkan mata. kaca mata gerhana dan menggunakan teleskop atau binokular yang direka khas untuk Matahari. Gunakan teleskop, kamera dan binokular yang dilengkapi dengan penuras suria yang selamat serta menggunakan kaedah pantulan terus melalui teleskop, binokular atau cermin.[14]

Saiz Zuhrah ialah 32 kali lebih kecil berbanding matahari, planet Zuhrah hanya menutup tiga peratus dari keseluruhan permukaan matahari tetapi tidak menjejaskan bentuk dan cahayanya. Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari, kita bagaikan sedang melihat begitulah kerdilnya bumi yang kita huni dari kedudukan 42 juta kilometer.[15]

Rujukan

WikiPedia: Zuhrah http://www.mentallandscape.com/V_OKB1.htm http://adsabs.harvard.edu/abs/1958ApJ...127....1M http://adsabs.harvard.edu/abs/1980CosRe..18..325K http://adsabs.harvard.edu/abs/1990AdSpR..10..137R http://adsabs.harvard.edu/abs/1998AREPS..26...23N http://www-ssc.igpp.ucla.edu/personnel/russell/pap... http://eclipse.gsfc.nasa.gov/transit/catalog/Venus... http://nssdc.gsfc.nasa.gov/planetary/factsheet/ven... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6... http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0601&p...